innity

pages

Tuesday, July 4, 2017

Veteren UMNO: mensabotajkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi


KENYATAAN AKHBAR VETERAN UMNO MALAYSIA:

1. Veteran UMNO Malaysia menentang keras sebarang usaha untuk menghilangkan syarat wajib lulus Bahasa Melayu diperingkat SPM bagi pengambilan jawatan doktor/pegawai perubatan secara kontrak seperti yang diberitakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Langkah itu tidak syak lagi sebagai usaha untuk mensabotajkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara seperti peruntukan 152 Perlembagaan Malaysia. Biar apa pun pertimbangan yang akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan ianya tidak harus mengorbankan syarat lulus BM dalam SPM itu diketepikan. Tidak kira siapa mereka yang akan diambil berkhidmat srbagai doktor mereka misti dan wajib lulus BM dalam SPM.

3. Yang anehnya, kenapa tiba-tiba isu ini timbul sedangkan ribuan lulusan perubatan dari Mesir, Indonesia dan tempatan yang masih menunggu untuk 'housemanship'. Mereka rata-ratanya lulus BM dalam SPM. Jadi kenapa ianya sengaja ditimbulkan?. Apakah Menteri Kesihatan merujuk perkara ini terlebih dahulu kepada kabinet?. Apakah Ketua Pengarah Kesihatan merujuk kepada JPA?. Apakah Menteri Kesihatan yang berbangsa India anti Bahasa Kebangsaan?. Apakah KSU dan pegawai kanan dalam KKM jadi tunggul kayu dan ikut cakap menteri membuta tuli?. Apakah usaha ini ini untuk menimbul kemarahan rakyat kepada kerajaan menjelang PRU14?.

3. Oleh itu Veteran mendesak dan menuntut penjelasan menteri berkenaan kenapa beliau tidak terlebih dahulu merujuk perkara itu kepada kabinet sebelum membuat sebarang pengumuman. Sekiranya beliau gagal memberi alasan dan sebab yang munasabah, maka Veteran menuntut supaya beliau melepaskan jawatan itu dengan secara terhormat. Kita tidak mahu adanya duri dalam daging dan musuh dalam selimut. Kerajaan BN sekarang didokong oleh ahli kabinet yang mewakili parti-parti komponen dan mereka mistilah patuh kepada dasar dan ketetapan yang telah dibuat oleh kerajaan.

5. Veteran menuntut Perdana Menteri supaya mengkaji semula prestasi dan rekod menteri lantikannya supaya jangan menjadi duri dalam daging dan musuh dalam selimut.

Sekian.

DATUK HJ MUSTAPHA YAAKUB
Setiausaha Agung
Veteran UMNO Malaysia.

3 comments:

  1. Satu demi satu mereka khianati kita,Dari penggadaian tanah ,kem tentera ,sampai bahasa pun duk gadai sekali.memang bangsat la

    ReplyDelete
  2. Bahasa Melayu menjadi dagang di bumi sendiri. Bahasa Bangla, bahasa Korea, bahasa Indonesia, bahasa Nepal, bahasa Mongolia, dan pelbagai bahasa asing sedang mengambil tempat, diketuai bahasa Inggeris. Pengkhianatan ini sudah lama berlaku, termasuklah oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Jika tidak percaya, tengoklah cara mereka berbahasa dalam media sosial. Parah...

    ReplyDelete
  3. Jika najib tak menyamun, pemimpin tidak mungkin sebegini lemah hari ini, kita lihat zaman Tun, adakah perkara sebegini terjadi?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com