innity

pages

Monday, July 17, 2017

Tiada PRU sebelum September, kata Zahid


Pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak akan diadakan sebelum September ini kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.
"(September) awal sangat, ia (PRU) akan didakan selepas itu," kata timbalan perdana menteri itu seperti dipetik Channel News Asia.
Ahmad Zahid berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis rumah terbuka hari raya Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai tempoh sehingga Ogos tahun depan untuk membubarkan parlimen bagi membolehkan PRU ke-14 diadakan.
Walaupun begitu sesetengah pihak menjangkakan ia akan diadakan seawal suku keempat tahun ini.
Langkat melengahkan pembubaran parlimen dilihat memberi masa tambahan kepada Pakatan Harapan mengukuhkan lagi pengaruh mereka di kalangan pengundi.
Ramai penganalisis juga menyatakan kemungkinan Najib mengadakan PRU pada September adalah kecil kerana Kuala Lumpur menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA kali ke-29 pada bulan sama.
Perdana Menteri China, Xi Jinping pula dijadual melawat Malaysia pada Oktober.
Bagaimanapun kelewatan lebih lama untuk mengadakan PRU juga berpotensi menambah masalah kepada BN yang diketuai Najib, seperti keluhan orang ramai yang terjejas akibat kelembapan ekonomi dan kelemahan ringgit.

2 comments:

  1. Ada masa lgi ph nak berbalah pilih pm.

    ReplyDelete
  2. Ada masa lagi utk penyamun merompak harta rakyaat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com