innity

pages

Monday, July 3, 2017

[PM tiada TELOR] Sikap kerajaan Sarawak tidak baik untuk negara


KUALA LUMPUR- Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa tindakan Kerajaan Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) tidak baik untuk negara.

Menurutnya, beliau mempersoalkan sikap kerajaan Sarawak kini ditambah lagi PRU14 sudah semakin hampir.

“Apa pendirian kerajaan Sarawak untuk PRU14 nanti?  dan  mengapa selepas 60 tahun merdeka baru mereka bersikap begini?

“Pada pendapat saya, apabila mereka bersikap sedimikian, ia merupakan tamparan besar bagi kita  dan sememangnya perkara ini tidak baik untuk negara,” katanya ketika sidang media di Wisma Amanah Negara, hari ini.

Terdahulu, Sarawk menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung MA1963 bagi menentukan hak-hak sebenar negeri itu yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.

Ketua Menterinya, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata pasukan peguam tersebut diketuai Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek dan  Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. - SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com