innity

pages

Monday, July 3, 2017

MUFTI PERLIS: GAGAL Kuasai Bahasa Melayu itu Suatu KECACATAN


Setiap negara ada identitinya. Malaysia adalah Tanah Melayu maka Bahasa Melayu antara identitinya. Bagaimana mungkin orang Malaysia tidak boleh berbahasa Melayu?! 

Kalau di peringkat pendidikan 'bagaimana mungkin seorang terpelajar di Malaysia tidak boleh berbahasa Melayu?

Menguasai sesuatu bahasa adalah suatu kelebihan. Jika ada orang yang gagal menguasai bahasa negaranya sendiri maka tanpa syak itu suatu kecacatan. Dukacita bila ada orang Melayu yang bangga tidak fasih berbahasa Melayu. 

Lebih pelik lagi menganggap itu suatu kelebihan. Itu sebenarnya adalah satu kedangkalan dan kecacatan diri!

Orang Bangladesh yang datang ke negara kita beberapa bulan dah mula boleh bertutur dalam bahasa Melayu. 

Patutkah ada orang Malaysia yang hidup membesar di sini tetapi tidak fasih bahasa Melayu. Kelompok yang seperti ini sepatutnya tidak diberikan ruang dalam politik negara ini. 

Mereka ini akan menghilangkan identiti negara kita. 

Menjelang pilihanraya ini pastikan calon yang bakal dihantar ke DUN dan Parlimen kita dapat bertutur dengan baik dalam bahasa rasmi Malaysia.

1 comment:

  1. Pelarian Syria tak sampai 3 tahun duk kat Malaysia dah fasih BM.Tapi puak tak sedar diri ni dari start beranak sampai habis nafas masih tergagap gagap.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com