innity

pages

Wednesday, July 5, 2017

Mat Dang fasih BM, kenapa ahli politik 'gagap'



Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menzahirkan rasa sedih dengan keadaan sebahagian ahli politik yang 'gagap' berbahasa Melayu meskipun lancar berbahasa Inggeris.

Jelas Mohd Khairuddin lagi, perkara itu boleh diperhatikan dalam perbahasan di Parlimen dan dalam interaksi seharian menerusi sidang media atau ceramah politik.

"Ia menimbulkan persoalan: Adakah mereka tidak bergaul dalam satu masyarakat kepelbagaian bangsa? Atau mereka merasa jelik berbahasa Melayu tetapi bangga berbahasa Inggeris?

"Kenapa mereka boleh mempelajari Bahasa Inggeris sedang gagal untuk menguasai Bahasa Melayu?," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, sebagai perbandingan Warga asing seperti Bangladesh dan Myanmar boleh sahaja berbahasa Melayu dengan fasih dalam tempoh enam bulan bekerja di Malaysia, namun ia tidak boleh dilakukan oleh sebahagian ahli politik.

"Malah "Mat Dang Pulau Redang", orang berkulit putih daripada United Kingdom boleh fasih berbahasa dialek Terengganu dengan pelbagai peribahasa rakyat hanya dalam setahun bermukim di Terengganu sehingga menjadi ikon di media elektronik," jelasnya.

Justeru, katanya integrasi antara kaum perlu diperkasakan lagi di negara ini.

Ulasnya lagi, integrasi kaum di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah menyaksikan bagaimana rakyat keturunan cina dan India bertutur dalam dialek negeri sehingga tidak dapat dibezakan sama ada mereka berketurunan Cina, India atau berketurunan Melayu.

"Bagi saya itu adalah contoh kejayaan integrasi kaum. Namun, saya bimbang jika kedapatan rakyat Malaysia yang lahir dan membesar dalam Malaysia tetapi masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga pada usia dewasa," katanya.

2 comments:

  1. Di negeri lain integrasi berlaku juga .Tapi integrasi terbalik kot,Hingga agak ramai ibu bapa yg hantar anak ke sekolah cina .Apa nak jadi?

    ReplyDelete
  2. apa yang perlu dihairankan?temuduga di sektor swasta semuanya dalam bahasa inggeris. mereka semua dinilai melalui kebolehan berbahasa inggeris dan tiada majikan yang sudi ambil tahu atau ingin menilai kebolehan calon dalam berbahasa melayu.jadi dari sudut itu sahaja pun kita dah tahu bertapa bahasa inggeris diperlukan untuk mendapat pekerjaan dan betapa 'tidak perlunya' bahasa melayu untuk diaplikasi kan dalam kerja dan kehidupan seharian.jadi, apa perlunya kita berasa hairan kenapa ramai orang yang tidak mahu bercakap malah tidak fasih dalam bahasa melayu? bagaimana kita hendak berbangga dengan bahasa melayu sedangkan bahasa itu langsung tidak digunakan dalam kehidupan dan kerja seharian?bolehkah kita mengaplikasikan penggunaan bahasa melayu itu dalam sektor sawasta?jika tidak, tak perlulah kita nak sibuk untuk menonjolkan diri sebagai wira bangsa yang memperjuangkan bahasa melayu. Bahasa melayu itu indah tapi sayangnya keindahannya tidak dilihat oleh sesiapa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com