innity

pages

Friday, July 14, 2017

[Jangan Tertipu] SURAT 'SAMBUNG BAYAR' TAK LAKU


SURAT 'SAMBUNG BAYAR' TAK LAKU

AKU meneliti secara rapi isu kes kereta 'sambung bayar' kenderaan yang dok viral melibatkan PPIM dan sebuah syarikat di Kajang lately ni.

Apa yang terjadi pemilik kenderaan dijanjikan bahawa kereta yang dipajak itu akan mempunyai penyewa dan pemilik kenderaan tidak akan mempunyai masalah pembayaran pinjam kenderaan itu dengan pihak bank.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah pemilik menerima notis dari pihak bank akan tunggakan bayaran berbulan-bulan.

Di saat aku salute dengan keberanian saudara Yusuf Azmi (PPIM) berhadapan 'cabaran' mengeluarkan kereta-kereta pemilik kereta yang mendakwa teraniaya itu, aku nak kongsi pengalaman aku sebagai wartawan jenayah mengenai isu ini.

Beberapa tahun lalu terjadi satu pergaduhan besar antara seorang lelaki dan sahabatnya. Semuanya gara-gara lelaki itu hendak mengambil semula keretanya dari sahabatnya itu setelah sahabatnya itu tidak 'sambung bayar' ansuran bulanan kereta berkenaan sedangkan mereka berdua dah buat surat perjanjian atau surat 'hitam putih' mengenainya.

Apalagi nyaris berparang tu bro! Nasib baik tak mati.

Akhirnya baru aku tahu - TAK ADA istilah sambung bayar dalam bab kenderaan ini kerana selagi kereta kau masih ada hutang dgn bank, apa saja yang berlaku terhadap kereta itu menjadi tanggungjawab si pemilik walaupun berjela-jela surat perjanjian ko dah buat. Bank akan tetap cari ko, bukan orang lain.

Dalam erti kata lain, surat ko dengan pihak yang ngaku nak sambung bayar tu TAK LAKU bro!

Bab saman pun sama juga, yang menerima akibatnya adalah pemilik kereta asal dan bukan orang yang sambung bayar itu.

Salute pada PPIM, pada masa yang sama jgn bebankan lagi PPIM dgn benda macam...kalau tak percaya cakap aku - sila rujuk AKTA KONTRAK 1950 DAN AKTA SEWA BELI 1967..jangan kata abam tak payung😊
oleh:Syahril A. Kadir



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com