innity

pages

Friday, July 7, 2017

Jangan terkejut dengan calon Umno pada PRU14


Umno mungkin mempertimbangkan formula yang diamalkan parti itu pada tiga pilihan raya kecil (PRK) lalu untuk memuktamadkan pemilihan calon bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seseorang calon mestilan orang yang paling disukai pengundi di sesuatu kawasan.
Justeru katanya individu terbabit tidak semestinya mempunyai sebarang jawatan dalam Umno di peringkat bahagian.
"Pertimbangan yang biasa sekarang sudah terlalu lama. Sekarang calon itu mesti diterima ramai walaupun mereka tidak mewakili kepimpinan di peringkat bahagian.
"Kalau kita lihat ada mana-mana perwakilan dari sesuatu bahagian yang digemari ramai dan boleh menang, jangan terkejut jika seseorang yang tidak ada sebarang jawatan (dalam parti) dicalonkan," katanya di Batu Pahat, Johor hari ini.
Ahmad Zahid berucap di majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Umno Batu Pahat. Bahagian itu diketuai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Kerajaan mempunyai mandat sehingga suku ketiga 2018 sebelum perlu membubarkan parlimen bagi mengadakan PRU ke-14.
Bagaimanapun keadaan semasa menunjukkan ada kemungkinan PRU itu akan diadakan seawal hujung tahun ini.
Kata Zahid, pendekatan baru Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semasa menentukan calon untuk PRK Sungai Besar, Selangor; Kuala Kangsar, Perak dan Tanjung Datu, Sarawak, terbukti berjaya memenangkan BN.

1 comment:

  1. Kalau Naib padam, calon yang paling layak diletakkan untuk bertanding di kerusi parlimen Pekan ialah Rosmah Mansur. Hidup UMNO, ptuiii!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com