innity

pages

Friday, July 14, 2017

Hapus GST, ringankan beban rakyat antara janji Pakatan Harapan


Menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menstabilkan harga minyak dan meringankan beban ditanggung rakyat sekarang ini, adalah antara janji Pakatan Harapan sekiranya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum.
Dalam kenyataan itu Pakatan Harapan berkata, sejurus mendapat mandat rakyat dalam PRU-14, dalam tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, gabungan itu komited untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:
• Menghapuskan GST;
• Menstabilkan harga petrol;
• Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;
• Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;
• Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;
• Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB; dan
• Memulihkan FELDA.
“Menyedari bahawa rakyat mengharapkan perubahan politik negara ke arah pemerintahan yang lebih demokratik, adil dan sejahtera serta sebuah kerajaan yang komited untuk melaksanakan reformasi institusi, menjalankan tadbirurus yang baik dan mengutamakan kebajikan rakyat; dan
“Menginsafi bahawa Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sedang berada di dalam keadaan krisis yang tenat, terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa yang amat luar biasa, dan rakyat menanggung beban;
“Maka, Pakatan Harapan mengambil tanggungjawab untuk membela rakyat dan membina semula negara yang dirosakkan oleh pentadbiran Dato Sri Najib Tun Razak. Melalui kesatuan politik di antara KEADILAN, DAP, AMANAH dan PPBM, kami akan menggembleng seluruh kekuatan rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-14 dan membentuk kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, Pakatan Harapan mendukung matlamat menurunkan kerajaan pimpinan kleptokrat yang diketuai oleh Najib; memulihkan kedaulatan dan keluhuran undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia;membatalkan dan memperbetulkan semua tindakan yang melanggar undang-undang dan menggadaikan kepentingan rakyat di bawah pentadbiran Najib, termasuk mendapatkan kembali wang rakyat yang hilang melalui skandal besar seperti 1MDB.
Pakatan Harapan juga berjanji membebaskan semua tahanan politik dan menggugurkan semua dakwaan politik; melakukan reformasi undang-undang dan institusi yang telah disalahgunakan, terutama berhubung kuasa Perdana Menteri; dan menghadkan penggal perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.
Selain itu, Pakatan Harapan juga melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden; manakala timbalan pula terdiri daripada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.
Menurut kenyataan itu, Pakatan Harapan juga memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Anwar akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

5 comments:

  1. Amin ya allah rahmati kemenangan pakatan harapan amin Ya robbal allamin

    ReplyDelete
  2. terbaik pakatan harapan..rakyat sokong kalian

    ReplyDelete
  3. Semua dah comel, cuma yg ada roket tu je org melayu jadi tersekat nak sokong. Kalaulah DAP ni boleh ubah perlembagaaannyaatau kurangkan kerusinya jadi 20% sahaja drpd total keruai pru parlimen baru aku percaya. Sbb DAP ni anti Islamnya luarbiasa.

    ReplyDelete
  4. Persepsi bahawa DAP anti islam dan melayu hanyalah rancangan terdesak semata mata untuk menyelamatkan najib dan mereka yg bersubahat dengannya.

    Kesan tindakbalas mendalam berhubung perkara ini adalah, umno yg bakal ditalkin semata mata untuk mempertahankan najib dan rosmah serta sekutunya dimana hari ini dikenali geng penyamun wang rakyat dan harta negara.

    1mdb, felda, fgv, kwsp, kwap, tabung haji adalah sebahagian, menjadi mangsa kerakusan mereka ini.

    Hari ini, DAP menjadi pemerintah bertanggungjawab memelihara kesucian islam dan orang melayu di p.pinang.

    Kita lihat dan DAP melaksanakan pelbagai program bantuan diberikan kepada orang melayu dan islam p.pinang.

    Diantaranya, bantuan elaun untuk golongan miskin, imam dan pelajar tahfiz diberi bantuan kewangan, masjid dan sekolah agama di pelihara dan peningkatan infrastruktur.

    Semua ini diberi walaupun orang melayu p.pinang tidak memberi sokongan kepada DAP semasa PRU13 yg lalu.

    Orang melayu perlu membuka mata dan hati untuk menyaksikan sendiri apa yg berlaku di p.pinang.

    Tanya kepada orang melayu p.pinang sendiri jika ianya benar atau tidak?

    Bagaimana pula dengan najib?

    Duit 1mdb yg dicuri digunakan untuk membawa jemaah haji.

    Dan najib boleh menipu, mendabik dada kepada rakyat bahawa keuntungan 1mdb lah, mereka boleh membawa rakyat menunaikan rukun islam kelima.

    Hakikatnya,

    Terang dan jelas, laporan Jabatan Audit Negara mengesahkan 1mdb mengalami kerugian dan tidak diperiksa, tidak diaudit selama bertahun lamanya.

    Adakah najib ingin mengajak dan menyeret kami rakyat ke pintu neraka bersama sama beliau?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com