innity

pages

Wednesday, July 5, 2017

Haramkah Anjing JILAT BABI


UMAT Islam yang dengan sengaja memegang anjing diingatkan segera bertaubat kerana telah melakukan perbuatan yang menjurus kepada menghina agama Islam.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha berkata, pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah, apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuhnya tanpa sebab yang juga bertentangan dengan ajaran Islam.
Bagaimanapun menurut beliau, mengikut Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan memelihara haiwan berkenaan malahan mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadat seharian.
"Perbuatan memelihara anjing seolah-olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.
"JAKIM amat menyesali perbuatan memegang anjing secara sengaja begini tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam.
"Ini menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan pegangan mazhab dan ‘€˜uruf atau adat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas perbuatan seorang pengguna Facebook Nurhanizah Abdul Rahman yang telah memuat naik videonya memelihara dan memegang seekor anjing dikenali Bubu hari ini.
Mengulas lanjut Othman berkata, menurut Mazhab Syafie, umat Islam dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.
"Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘€˜mughalazah’€™ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis ‘mughalazah’ secara sengaja.
"Tindakan sedemikian samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya," katanya.
Jelasnya, bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan secara berhikmah demi kebaikan bersama, individu berkenaan dinasihatkan agar dapat merujuk kepada pihak JAKIM berkaitan hukum memelihara anjing.

2 comments:

  1. Janganlah dihina dan dikeji anjing tu, begitu juga dengan haiwan bernama babi.

    Jakim perlu bezakan diantara manusia dan haiwan.

    Jangan sampai minda kita terperangkap dengan penghinaan kepada binatang2 ini.

    ReplyDelete
  2. nak tanya jakim.
    Rasuah najis jenis appa?
    kita dpt luhat terang3 - ramai pengkecil melayu islam yg mengelar diri (pembesar melayu,) yg pegang simpan sorokmakan rasuah.
    Dari sifat betdiam mufti2, dh mcmk perkara ini tidak serious.
    Islam Melayu tidak termasuk nahi mungkar?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com