innity

pages

Thursday, September 21, 2017

Tulisan Terkini Tun M: NAJIB DAN TRUMP


1. Sekembalinya Najib ke tanahair, bermacam-macam tohmah dan fitnah dilempar olehnya terhadap pengkritik lawatannya ke Amerika Syarikat. Saya diberi tempat utama dalam kempen fitnah ini.

2. Kononnya sambutan Trump kepadanya lebih baik dari sambutan kepada lawatan saya. Sebenarnya layanan terhadap Najib adalah yang terburuk sekali berbanding dengan layanan terhadap diri saya dan pemimpin-pemimpin lain semasa lawatan rasmi pertama kali pemimpin baru ke Amerika. Mengikut laporan akhbar dan media Amerika layanan terhadap Najib adalah seperti layanan terhadap “pariah”.

3. Saya melawat Amerika Syarikat secara rasmi selepas saya melawat Canada tiga tahun selepas menjadi PM. Pemerintahan Amerika Syarikat hantar pesawat khas Presiden ke La Guardia airport New York untuk penerbangan saya dan isteri ke Washington. Dari Pangkalan Udara Andrews saya diterbangkan dengan helikopter Presiden ke bandar Washington. Saya disambut oleh pegawai tinggi Amerika Syarikat dan bermotor ke hotel Willard Washington DC. Pada masa itu Blair House, tempat penginapan tetamu Kerajaan Amerika sedang diperbaiki.

4. Dua buah kereta “stretched” disediakan untuk saya ke White House yang dihias dengan bendera Malaysia dan Amerika Syarikat. Cermin gelap ditingkap kereta menghalang orang ramai daripada mengetahui kereta yang mana yang saya guna.

5. Bendera Amerika ternampak hampir semacam dengan bendera Malaysia. Dengan itu ramailah penduduk Washington terkeliru dan memikir kereta-kereta ini membawa Presiden AS. Mereka melambai tangan sepanjang jalan.

6. Saya bertemu dengan Presiden Reagan seperti biasa di hadapan “fireplace” dan mengadakan “small-talk” dengannya, Vice Presiden Bush (Senior) ada bersama.

7. Kemudian baru diadakan mesyuarat dua delegasi di bilik mesyuarat khas. Ini disusuli dengan makan tengahari dan press conference. Seluruh lawatan saya ke White House dirakam oleh jabatan Presiden Amerika Syarikat dan disimpan dalam Library Ronald Reagan. Video ini boleh dilihat dalam media sosial (KLIK DI SINI).

8. Saya juga mengadakan perjumpaan tidak rasmi dengan Presiden Bush (Senior) Presiden Bush (Junior), Presiden Clinton di Washington dan di lain-lain tempat. Biasanya saya membangkitkan soal minyak kelapa sawit dan sikap AS terhadap negara Islam.

9. Sebaliknya Najib disambut di Lapangan Terbang Washington oleh Duta Malaysia, tinggal di Hotel milik Trump yang terkenal amat mahal. Najib mengguna kereta Mercedes. Tidak ternampak kereta panjang yang diberi untuk lawatan Najib dan pertemuan dengan Trump hanya selama 30 minit. Tidak ada makan tengahari dan Press Conference.

10. Memandang bahawa masa perjumpaan begitu terhad iaitu hanya 30 minit, dan tawaran Najib kepada Trump begitu tinggi, berjumlah hampir 100 billion Ringgit, kos yang ditanggung oleh Malaysia ialah sebanyak 3.3 billion Ringgit (3.300,000,000 Ringgit) satu minit. Ini boleh jadi satu rekod dunia.

11. Anak Megat Junid, Megat Fairouz kata saya bayar bermillion kepada pelobi untuk berjumpa dengan Presiden Amerika. Ini kononnya diberitahu oleh bapanya Megat Junid.

12. Saya tidak tahu benar atau tidak kenyataan ini. Mungkin pegawai Wisma yang mengurus perkara lawatan saya yang tahu. Yang saya tahu tidak ada arahan dari saya untuk lobi. Tak apalah Fairouz, anak sahabat saya nak cari makan.

13. Sebenarnya apabila sahaja saya menjadi PM, duta besar Amerika Syarikat di Malaysia percaya, seperti dengan kebanyakan pemimpin negara yang baru dilantik, saya akan pergi mengadap Presiden Amerika Syarikat.

14. Duta itu datang ke pejabat saya untuk minta maaf kerana Presiden terlalu sibuk dan tidak dapat berjumpa saya dalam masa yang terdekat.

15. Saya tidak kata apa-apa kepadanya. Tetapi petang itu juga saya beritahu Wisma Putra saya tidak berhajat pergi ke Washington jumpa Presiden. Oleh itu tidak perlu sesiapa bersusah payah mendapat slot untuk saya. Duta Amerika pun berhenti usahanya.

16. Sebenarnya Wisma Putra sudah dimaklumkan lebih awal lagi akan priority lawatan saya ke luar negara apabila sahaja saya jadi PM pada 1981. Saya utamakan lawatan ke negara-negara jiran anggota ASEAN, kemudian negara-negara kecil di lautan Pacific, kemudian ke negara-negara Islam OIC dan akhirnya ke negara-negara Komanwel.

17. Jadual saya tidak termasuk United States of America. Mengikut jadual ini saya berkelapangan ke Amerika Syarikat selepas lawatan ke negara-negara dalam senarai saya.

18. Sebab itulah saya membuat lawatan ke Amerika Syarikat selepas tiga tahun (1984) jadi PM. Itu pun hanya secara sambilan semasa saya berada di Amerika Utara.

19. Saya yakin semua tarikh-tarikh lawatan saya ke luar negara direkod oleh Wisma Putra.

20. Tidak pernah saya tawar untuk membeli apa-apa dari Amerika Syarikat semasa lawatan saya. Dasar Malaysia pada ketika itu ialah berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Kita bersikap berkecuali dalam sebarang permusuhan antara negara asing.

21. Diantara yang memalukan kita berkenaan lawatan Najib ke Amerika Syarikat ialah laporan Newsweek yang berbunyi “Trump’s meeting with Malaysian Crook Najib reeks of the Swamp”. Demikianlah buruknya lawatan Najib ke Amerika. Tak usahlah bohong kononnya dia dapat layanan lebih baik dari saya.

22. Najib tidak berani jumpa press. Tujuan sebenar lawatan ke Amerika Syarikat dan U.K. ialah untuk ambil gambar Najib bersama Presiden Amerika Syarikat dan PM U.K.

23. Rakyat Malaysia bukan boleh diperbodoh dengan gambar-gambar ini. Mereka tidak gembira duit mereka berbillion dibelanja untuk dapat gambar.

Tulisan Terkini Tun M: TALAM DUA MUKA



1. Selama puluhan tahun Barat bersyarah dan mengkritik negara-negara membangun berkenaan korupsi di negara mereka.

2. Banyaklah laporan dibuat berkenaan betapa buruknya amalan rasuah oleh Kerajaan-Kerajaan dan pemimpin negara membangun. Kegagalan pembangunan negara-negara ini, kata Barat, disebabkan rasuah dalam seluruh jentera pentadbiran. Sudah tentu pemimpin tertinggi negara membangun semuanya perasuah.

3. Rupa-rupanya hidung tinggi mereka terhadap negara membangun menyembunyi sikap sebenar mereka terhadap rasuah. Penolakan rasuah oleh mereka terhad kepada nilai rasuah. Jika nilai cukup tinggi, prinsip penolakan rasuah terbang keluar tingkap.

4. Inilah yang sedang kita lihat sekarang.

5. Rasuah Najib diketahui di seluruh dunia. Demikian juga kecurian yang dilakukan olehnya. Walaupun di Malaysia akhbar dan TV tidak lapor apa-apa berkenaan jenayah yang dilakukan oleh Najib tetapi media sosial melapor dengan panjang lebar berkenaan Najib, Kerajaannya dan segala insiden rasuah dan salahguna kuasa olehnya.

6. Tetapi media Barat lebih lantang melapor berkenaan salah laku dan jenayah oleh Najib. Tidak ada yang disembunyi.

7. Dengan ini dunia tahu segala-galanya akan amalan rasuah oleh Najib.

8. Rakyat Malaysia percaya Kerajaan Barat yang begitu menentang perasuah-perasuah di dunia akan pulau Najib sekurang-kurangnya.

9. Amatlah mengecewa dan mengejutkan apabila dilihat jaguh-jaguh anti rasuah Barat sanggup menjemput Najib untuk melawat negara mereka dan mengadakan perbincangan dengannya.

10. Sebabnya ialah kerana Najib menawar untuk membeli pesawat komersial dan senjata mereka. Yang mengabur mata mereka ialah duit berbillion yang dikipas depan mata mereka.

11. Bahawa ini adalah sejenis rasuah tidak dipedulikan. Segala rasuah dan jenayah Najib diketepikan kerana wang tunai atau cash lebih utama dari kemuliaan maruah dan prinsip. Maka dilakukan apa sahaja yang disyaratkan oleh Najib asalkan duit didapati. Demikian jikalau Najib tidak suka press, maka press diketepikan. Di mana perginya kebebasan akhbar? Ke dalam tong sampah. Ke mana pergi kebebasan bersuara? Photo-opportunity untuk Najib tipu rakyat Malaysia dipersetujui kerana bayaran USD 20 billion duit orang miskin di Malaysia.

12. Jika orang Malaysia berharap Barat dengan hidung tingginya akan bertindak ke atas jenayah yang sebenarnya dilakukan di negara mereka, di bawah undang-undang mereka, harapan ini harapan kosong. Kata Mat Salleh “if the price is right, corruption is okay. It’s not okay only if it is done by someone else”.

13. Kita tak tahu apakah yang ditawar oleh Najib untuk dibeli dari Britain. Boleh jadi pesawat – pesawat pejuang Typhoon – mungkin satu atau dua squadron. Itu boleh jadi harga untuk photo opportunity di depan No. 10 Downing Street, London.

14. Jika Malaysia boleh, Britain juga boleh, iaitu boleh pejam mata. Bukankah Malaysia negara membangun bekas tanah jajahan Britain. Bukankah kepercayaan Britain ialah apabila Malaysia merdeka ia akan merosot dan hancur. Lihat, ramalan Britain tepat. Pemimpin-pemimpin Malaysia jelas perasuah dan pencuri. Jika tidak pada mulanya, itu satu keganjilan. Sekarang ia pemimpin Malaysia, setelah merdeka sudah tunjuk warna mereka sebenarnya (true colours).

15. Kata Trump dan May. Kami hanya melakukan perniagaan. Kalau Malaysia menjadi bankrap kerana membeli barangan yang tidak diperlukan, itu masalah Malaysia. Kami perlu utamakan kekayaan kami.

19 Sep 2017 

Hasil Kajian: 2/3 anak muda tolak BN




Ramai golongan muda berpuas hati dengan pembangunan kemudahan di negara ini walaupun dua pertiga daripada mereka tidak senang dengan kerajaan BN, menurut satu tinjauan.

Tinjauan pandangan anak muda oleh badan penyelidik Merdeka Center, sebanyak 75 peratus responden berpuas hati dengan prestasi kerajaan dalam pembangunan kemudahan awam.

Hanya 24 peratus berpandangan sebaliknya.

Sentimen itu dikongsi anak muda pelbagai peringkat umur, pengundi dan bukan pengundi, terutamanya di kalangan masyarakat Melayu dengan tahap kepuasan 82 peratus.

Bagi pemuda Cina, tahap kepuasannya lebih rendah, iaitu 54 peratus.

Secara keseluruhan, dua pertiga responden tidak berpuas hati dengan prestasi BN sebagai kerajaan pusat.

Tinjauan melalui telefon itu dijalankan antara 3 hingga 8 Ogos tahun ini, melibatkan 604 responden berumur antara 21 hingga 30 tahun.

Ia melibatkan 165 kawasan parlimen di 11 negeri dan satu Wilayah Persekutuan di semenanjung. - MK

Tun M SANGGAH TUDUHAN Najib, Tuduh Bayar Jutaan RM atur Pertemuan dengan Bush



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa berjuta-juta telah dibelanjakan untuk mengatur satu pertemuan antara bekas perdana menteri itu dengan Presiden Amerika Syarikat, George W Bush.

Dalam satu catatan blog, Mahathir memberi tumpuan kepada perjumpaannya dengan pengganti Bush, iaitu Ronald Reagan pada tahun 1984 dan membandingkannya dengan lawatan Najib ke White House minggu lalu.

Najib sebaik mendarat di KLIA membidas Mahathir dengan mendakwa jutaan ringgit dibayar kepada pelobi menerusi kontrak Tenaga Nasional supaya mengaturkan pertemuan dengan Bush di White House.

Perdana Menteri berkata Mahathir menyerahkan tugas itu kepada bekas Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yang bertanggungjawab mengaturkan pertemuan berkenaan.

Anak allahyarham, Datuk Megat Fairouz juga mendakwa berjuta-juta dibayar untuk pertemuan itu dalam laporan berita pada hujung minggu.

Walau bagaimanapun, Mahathir, dalam catatan blognya, tidak menjelaskan presiden AS mana yang dirujuknya.

“Anak Megat Junid, Megat Fairouz kata saya bayar bermillion kepada pelobi untuk berjumpa dengan Presiden Amerika. Ini kononnya diberitahu oleh bapanya.

“Saya tidak tahu benar atau tidak kenyataan ini. Mungkin pegawai Wisma Putera yang mengurus perkara lawatan saya yang tahu.

“Yang saya tahu tidak ada arahan dari saya untuk lobi. Tak apalah Fairouz, anak sahabat saya nak cari makan,” katanya
- MK

Najib: Kami sudah insaf, beri BN peluang


Najib: Kami sudah insaf, beri BN peluang
26 FEBRUARI 2012 (Kisah dulu menjadi pengajaran)

PELABUHAN KLANG - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Perdana Menteri berkata Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di sini.

Dalam ucapan selama setengah jam itu, Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata sejak dua minggu lepas, beliau telah turun padang ke Perak, Melaka, Kedah dan hari ini di Selangor, dan mendapati suasana dalam negara kini menjurus menyokong BN pada pilihan raya umum kelak.

Hujan lebat yang turun sebelum ketibaan Perdana Menteri pada kira-kira 5 petang tidak mematahkan semangat penyokong BN yang hadir untuk terus berada di lokasi majlis bagi mendengar amanat Najib yang membuat lawatan sehari ke Selangor hari ini.

Sambil memanggil hadirin yang membanjiri majlis itu sebagai 'bala tentera BN Selangor', Najib berkata BN boleh merampas kembali Selangor jika bilangan bala tentera itu lebih ramai, lebih berani, pintar dan nekad serta sanggup bekerja lebih keras daripada pihak lain.

"Semangat dah ada, matlamat sudah dapat dilihat, perancangan sudah ada... semuanya sudah lengkap... ayuh kita turun berjuang habis-habisan," kata Najib dengan penuh bersemangat sambil disambut sorakan gemuruh.

Najib berkata anggota BN perlu akur dengan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon dan memberi sokongan penuh kepada mereka yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya nanti.

"Jangan sabotaj parti kita sendiri sebab jika kita sabotaj parti, ibarat kita menjaringkan gol sendiri dan bila jaring gol sendiri kita akan kalah dan seterusnya kita akan merana," tegas Perdana Menteri.

"Sudah cukup empat tahun Selangor di bawah pakatan pembangkang, jangan kita bagi tempoh lanjutan sebab kalau bagi tempoh lanjutan nanti susah nak dapat balik. Inilah peluang terbaik untuk mengembalikan bumi Selangor kepada BN," katanya.

Najib mengingatkan calon-calon BN supaya menjaga kepentingan semua kaum dan bukan hanya kaum tertentu kerana ini menjadi asas dalam memastikan kemenangan BN.
Katanya, semangat BN menjadi pudar kerana terkena tsunami politik pada pilihan raya umum lepas.

"Tetapi dalam tempoh empat tahun kita telah bina semula jentera BN di Selangor sedikit demi sedikit, semangat kita yang pudar itu, moral kita yang luntur itu hari ini telah bertukar wajah," katanya. - Bernama

Wednesday, September 20, 2017

Kedai 1Malaysia DITUTUP sementara, Projek ini diilhamkan oleh PM Najib Razak


Harga murah antara sebab utama barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menjadi pilihan pengguna.

Bagaimanapun, ia kini tidak dapat lagi dinikmati oleh orang ramai yang dihimpit oleh peningkatan kos sara hidup.
Tinjauan Malaysiakini di beberapa tempat di Lembah Klang mendapati kedai yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ia telah ditutup.

"KR1M akan ditutup buat sementara waktu.

“Segala kesulitan amat dikesali
," menurut notis yang ditampal pada kedai itu.

Malaysiakini difahamkan langkah sama turut diambil di Kelantan.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada langkah itu turut diambil di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.
Seorang pekerja KR1M yang enggan namanya disiarkan memberitahu Malaysiakini bahawa penutupan itu hanyalah sementara, tetapi beliau tidak pasti tempohnya.
"Tutup buat sementara waktu tapi tak tahu sampai bila,” kata pekerja di Petaling Jaya itu yang sedang mengemaskan barang-barang jualan.

Beliau mendakwa pengurusan baru mungkin mengambil alih operasi kedai itu daripada pengendalinya Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd.

Dakwaan ini tidak dapat disahkan buat masa ini dan Malaysiakini sedang cuba menghubungi Mydin, pengurusan KR1M dan kementerian berkaitan bagi mendapatkan maklum balas mereka.
Malaysiakini meninjau ke lima lokasi sekitar Lembah Klang – dua di Kuala Lumpur dan tiga di Pelaling Jaya – hari ini dan mendapati semuanya telah ditutup.


Kedai-kedai itu termasuklah di Pudu, Bandar Tun Razak, Desa Mentari, Kelana Jaya, Shah Alam dan Sunway Mentari.

Bagaimanapun, khir Julai lalu, Mydin dilapor berkata mereka rugi besar tetapi mengendalikan KR1M sebagai projek tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).
KR1M dirasmikan enam tahun lalu untuk mengurangkan beban rakyat selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).
Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan KR1M. - MK

DAP mahu RCI siasat sumber tunai dalam beg Mat Taib


Seorang wakil rakyat DAP hari ini menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat peristiwa penahanan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib di Australia kira-kira 20 tahun lalu kerana membawa wang tunai bernilai hampir AS$1 juta tanpa diisytiharkan kepada pihak berkuasa negara itu.
“Sementara pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sedang gigih menubuhkan RCI untuk mencari kebenaran tentang skandal forex Bank Negara 30 tahun lalu, Najib wajar menubuhkan sebuah ‘RCI mini’ untuk menyelongkar beg Muhammad Taib berisi AS$1 juta yang hanya baru berlaku pada tahun 1996,” kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Mat Taib, baru-baru ini mengumumkan penyertaan semula ke dalam Umno, selepas 4 tahun bekas menteri besar Selangor dan naib presiden Umno itu menyokong pembangkang dengan menganggotai PAS dan PKR.
Ahad lalu, sebuah sidang media pengumuman mengenai kemasukan semula beliau turut dihadiri Najib dan pemimpin utama Umno lain.
Lim merujuk kes melibatkan Mat Taib pada Disember 1996, ketika ditahan pihak keselamatan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia kerana membawa bersamanya tunai dalam mata wang ringgit, Singapura dan New Zealand bernilai hampir AS$1 juta tanpa sebarang perisytiharan kastam.
Peraturan Australia mewajibkan wang tunai melebihi nilai A$5,000 diisytiharkan. Dalam perbicaraan mahkamah di Australia, Mat Taib mendakwa beliau faham peraturan itu yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
Lim berkata perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tidak tahu sumber wang yang diangkut Mat Taib, sementara agensi anti-rasuah ketika itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) turut tidak membuat sebarang pendakwaan.
Lim berkata Mat Taib wajar disiasat termasuk sama ada wang tunai itu dikenakan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Ruang lingkup ‘RCI mini’ ini wajar menyiasat sumber dana itu, tujuannya, serta sama ada cukai yang dibayarnya kepada LHDN pada tahun 90’an berkadaran dengan wang yang diangkut ke Brisbane.
“Juga kenapa BPR menghentikan siasatan serta kemahirannya berbahasa Inggeris pada tahun 1996, kerana beliau mendakwa tidak faham bahasa Inggeris justeru tidak faham undang-undang Australia,” katanya. - MK

Netizen Kongsi VIDEO Tun M REDAH Kegelapan Awal Pagi Demi PERJUANGAN dari Jengka ke KL




1.30 pagi . Masa ini Tun M baru sahaja tiba di rumah. Perjalanan dari Bandar Jengka mengambil masa 2 jam setengah untuk sampai ke ibu negara. 

Dalam keadaan hujan lebat sepanjang jalan, lori balak dan lori kelapa sawit sepanjang perjalanan apa pun boleh jadi. 
Allah SWT memberkati perjalanan Tun M dan Tun Siti Hasmah. 

Kita semua ni sebenarnya sumber kekuatan bagi insan yang umur nya 92 dan 93 tahun. Kalau orang masih cakap Tun buat semua ni untuk diri dia korang tengok la sendiri!!!! 

Tolonglah bukak hati tu. Bukak mata hati. Jangan tersumbat dengan dedak!!! 

Hebat orang jengka. Hujan pun tak berganjak. Koi kagum dengan rodong2 semua. - 
Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin

DAP biadab dakwa DBKL mahu jadi jaguh agama


KUALA LUMPUR - Kenyataan DAP yang mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak seperti jaguh agama dalam isu membabitkan pembatalan Festival Arak 2017 disifatkan sebagai biadab.

Menzahirkan perkara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan

DAP berhujah sedemikian hanyalah ingin menunjukkan yang mereka 'jaguh' dalam memperjuangkan agenda orang bukan Islam khususnya orang Cina.

"DBKL ungkit kata tukar tugas dalam urusan agama itu saya sifatkan biadab. Memang kita akui sikap keterbukaan kebebasan tetapi harus diingatkan negara Malaysia majoriti Islam dan jangan tuduh jalankan tugas membabi buta kerana kepentingan politik.

"DAP nak tunjuk dia juara perjuangkan orang Bukan Islam. Masih lagi nak persoalkan itu ini, konon tak salah undang-undang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa.

Semalam, selain DAP, MCA dan PKR mengecam keputusan DBKL melarang penganjuran Festival “Better Beer” 2017 yang dijadualkan 6-7 Oktober depan.

Lima ahli Parlimen dari DAP dan PKR dalam kenyataan bersama menyeru keputusan pihak berkuasa tempatan itu dikaji semula.

Tan Kok Wai, Teresa Kok, Fong Kui Lun, Lim Lip Eng dan Tan Kee Kwong terkejut dengan pembatalan itu kerana DBKL tidak memberikan sebarang alasan untuk menolak permohonan permit daripada penganjur, MyBeer Malaysia.

"Kami kesali kejadian itu kerana pihak berkuasa tempatan seperti DBKL cuba melencong dengan bertindak seperti jaguh agama.

“Tindakan mereka tidak bertimbang rasa dan nampaknya tunduk kepada permainan politik dan mengabaikan semangat muhibah,” kata mereka.


Mengulas lanjut, Ibrahim berkata DAP diingatkan agar tidak terlalu melampau dan bertindak keterlaluan dengan DBKL.

Katanya, tindakan DAP menyerang DBKL itu tidak seharusnya berlaku berikutan berpandangan festival arak itu membawa banyak keburukan dan menyentuh sensitiviti Islam.

"Apa motif nak buat festival arak itu sebab kalau terlalu banyak akan tersasar seperti boleh menyebabkan perkara buruk seperti kemalangan atau pergaduhan.

"Keputusan DBKL masuk akal dan saya pelik kenapa DAP pertahan macam nak hilang nyawa," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Pengarah Komunikasi Korporat DBKL Khalid Zakaria sebagai berkata PBT menolak permohonan permit menganjurkan acara itu di Galeri Beli-Belah Publika.

“Sekiranya penganjur meneruskan aktiviti tersebut, DBKL berhak mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya, dan menambah DBKL menerima permohonan permit daripada penganjur pada 28 Ogos. - SH

Tuesday, September 19, 2017

Nor Mohamed letak jawatan timbalan pengerusi Khazanah


Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad, berkuatkuasa 30 September ini.
Khazanah dalam kenyataan media hari ini berkata, Nor Mohamed menyatakan perkara itu ketika mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah ke-84, hari ini.
"Beliau juga akan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah berkuatkuasa pada tarikh yang sama," kata kenyataan itu.
Khazanah berkata, Nor Mohamed merupakan ahli lembaga pengarah paling lama yang berkhidmat, iaitu selama 15 tahun, serta turut menjadi satu-satunya timbalan pengerusi sepanjang sejarah syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.
"Pengurusan dan kakitangan Khazanah dengan setulus hati menyatakan penghargaan dan terima kasih terhadap sumbangan cemerlang Tan Sri Nor terhadap Khazanah dan negara," kata kenyataan itu lagi.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Tidak Kaitkan Tun M Di RCI Forex
"Saya mengaku bertanggungjawab atas kerugian urus niaga mata wang asing negara yang berlaku sekitar tahun 1986 hingga 1993," kata Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Bekas penasihat Bank Negara Malaysia (BNM) itu berkata demikian ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an, sebelum ini.
Nor Mohamed yang juga saksi ke-17, juga tidak menafikan bertanggungjawab ke atas kerugian urus niaga mata wang asing itu, malah turut meletakkan jawatan daripada BNM selepas itu.
"Kerugian urus niaga mata wang asing memang berlaku. Tidak ada penafian mengenainya.
"Pada waktu itu, insiden berkenaan (kerugian urus niaga mata wang asing) adalah pengakhiran sedih kepada perkhidmatan saya selama 25 tahun kepada negara, melalui BNM," katanya yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua.

Katanya, beliau juga tidak pernah berbincang dengan Menteri Kewangan ketika itu (Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1986 hingga 1993 sebelum diganti Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga 1998) mengenai urus niaga mata wang asing yang dijalankan oleh BNM.
"Saya tidak pada bila-bila masa berbincang dengan Perdana Menteri (ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad) mengenai urus niaga itu antara tahun 1986 hingga 1993," katanya pada prosiding suruhanjaya siasatan.
Ketua Pengarah JASA Tuduh Nor Mohamed Cuba Lindungi Tun Mahathir
Kenyataan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) membuktikan telahan rakyat bahawapenubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) urus niaga mata wang asing (Forex) Bank Negara Malaysia (BNM), semata-mata bertujuan memburukkan imej Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Benarlah seperti telahan rakyat bahawa isu Forex yang dibangkitkan hanya bertujuan memburukkan ayahanda Tun M,” kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Puad mendakwa bahawa bekas penasihat Bank Negara, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop cuba melindungi Dr Mahathir apabila mengaku bertanggungjawab di atas kerugian besar yang dianggarkan berjumlah RM32 juta.
“Dia mengaku bertanggungjawab di atas kerugian besar itu, tetapi menafikan semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara sekitar 1990-an itu ditentukan oleh dia secara bersendirian.
“Maksudnya ada orang lain terlibat. Siapakah orang itu? Yang pasti Nor Yakcop cuba mengelak daripada mengaitkan perdana menteri (Mahathir) dan menteri kewangan (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika itu,” kata Puad.

[RAJA KATAK] Tok Him 'kecewa' dikalahkan Mat Taib


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali 'kesal' apabila keduduakan "raja katak” yang diberikan kepadanya sebelum ini dirampas oleh bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Ibrahim dalam nada berseloroh turut berkata apabila Muhammad bertindak “melompat” parti, langkah itu menyebabkan kedudukannya jatuh di kedudukan pingat perak dalam senarai “lompat parti”.
“Rumusannya, saya agak kecewa sebab gelaran raja katak dah dirampas orang lain.
"Pemegang pingat emas kini adalah Tan Sri Mat Taib, Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Ezam Mohd Nor.
“Saya dan Datuk Saifuddin Nasution pemegang pingat Perak sekarang," katanya sambil ketawa berdekah-dekah ketika ditemui media di Ibu Pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di Kuala Lumpur hari ini.
Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu mengulas kemasukan semula Muhammad ke dalam Umno melalui pengumuman perdana menteri pada 18 September lalu.
Selain menjadi menteri besar, Muhammad ialah bekas naib presiden Umno yang menyertai PAS secara rasmi pada 2013 sebelum berpindah kepada PKR dua tahun kemudian.
Kena jadi presiden juga
Selain Muhammad, Ibrahim mengaitkan amalan "melompat parti" itu Zaid yang juga bekas menteri di JPM dan Ezam (bekas Ketua Pemuda PKR dan pegawai di Kementerian Kewangan).
Untuk 'pingat gangsa' pula, Ibrahim berkata ada ramai penyandangnya termasuk Mohamad Sabu dan pemimpin lain dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).




Perjalanan politik Ibrahim sendiri sebenarnya penuh dengan warna-warni apabila pernah bersama Umno, menyertai Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, malah memenangi kerusi parlimen Pasir Mas menggunakan tiket PAS.

Beliau kemudian menjadi wakil rakyat bebas di parlimen.
Perubahan itu menyebabkan beliau digelar sebagai “katak” oleh musuh-musuh politiknya.
Sebelum ini Ibrahim mengumumkan akan bertanding sekali lagi di kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ia kerana, katanya, beliau percaya jika calon bebas menang dia tidak terikat dengan peraturan parti dan bebas bercakap di parlimen untuk mewakili rakyat.

Sementara itu, Ibrahim turut mengakui bahawa terdapat beberapa parti politik yang mempelawanya untuk menyertai mereka.
Namun katanya, beliau tidak berminat menyertai parti-parti tersebut kerana jawatan yang sesuai untuk ditawarkan kepadanya hanyalah sebagai presiden sahaja.
“Saya akui banyak parti politik lamar saya tapi saya susah nak masuk parti sebab semua presiden parti yang ada sekarang ini lebih kurang saya, maknanya saya pun kena jadi presiden juga,” katanya sambil ketawa. - MK

[VIDEO] PPIM tangani Kes Juta Kelulut pula


Monday, September 18, 2017

[VIDEO] Muhyiddin: The Winds of Change in Pagoh



In Umno, patronage and politics are often intertwined. Umno warlords, through their vast resources maintain their support by dishing out patronage.

But when an Umno warlord falls and his ability to dish out patronage diminishes, his support too evaporates.

One such former Umno warlord is Muhyiddin Yassin, who in the early months of his sacking as deputy prime minister in 2015, and later Umno deputy president in 2016, saw his Umno division deputy Ismail Mohamed openly supporting him.

[11 GAMBAR] Tun M DIMINTA TANDA TANGAN AUTOGRAF semasa Prosiding RCI hari ini










[SIDANG MEDIA PM GAGAL] Tony Pua Nafi 8 ADUN Selangor Nak Lompat tapi tak jadi




Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menafikan laporan The Malaysian Insight yang mendakwa lapan lagi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sepatutnya menyertai Umno bersama Tan Sri Muhammad Muhammad Taib semalam, sekali gus menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Tony menyifatkan sumber laporan itu tidak kredibiliti dan tidak masuk akal.

"Siapa? Siapa yang pemimpin dalam Pakatan Harapan hari ini akan lompat? Tak masuk akal. 
"Laporan itu tidak kredibiliti," katanya dalam sidang media hari ini.

Tony berkata beliau tidak terkejut sekiranya Umno dan PAS mewujudkan kerjasama politik bagi menghadapi PRU14.

Memetik The Malaysian Insight difahamkan kerajaan baru akan dibentuk dengan komposisi 34 ADUN, termasuk 12 ADUN Umno, 13 PAS, lapan orang ADUN PKR yang didakwa akan berpaling tadah serta bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mempunyai 56 kerusi.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang pada 2009 selepas wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong BN.

[TUN M HADIR RCI HARI INI] RCI ini untuk nampak saya buruk



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Siasatan Suruhanjaya DiRaja (RCI) yang menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing di zaman beliau mengetuai kerajaan. Mahathir menjadi saksi ke-24 pada hari ini mendakwa RCI yang ditubuhkan ini sengaja untuk menampakkan beliau jahat dan bukannya untuk mencari kebenaran. Mahathir berkata demikian kepada pemberita di luar Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini. Menjawab soalan pemberita, Mahathir berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajar hadir sama bagi memberi keterangan kepada RCI memandangkan beliau pernah berada dalam kabinetnya dahulu.

[PAS BERSUARA] Mat Taib tak mampu tarik ADUN PKR-PAS jatuhkan Azmin


SHAH ALAM: Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang kembali ke pangkuan Umno tidak mampu mempengaruhi ADUN PKR dan PAS seperti yang digembar-gemburkan dalam menjatuhkan kerajaan yang sedia ada, tegas Exco Selangor Datuk Iskandar Abd Samad.

Malah katanya, tidak ada gunanya menumbangkan kerajaan sedia ada yang kini menjalankan perkhidmatan dengan baik kepada rakyat. 

"Kita pun dengar ada banyak khabar angin. Media menelefon saya kononnya bahawa kerajaan akan jatuh dan sebagainya. Saya tak nampak itu akan berlaku. Buat apa kita nak jatuhkan kerajaan. Kerajaan sekarang berfungsi dengan baik, khidmat dengan baik. 

"Jadi tidak masuk akallah bahawa beliau akan menarik ADUN di Selangor, termasuk PAS. Kalau kita menyertai jadi pembangkang buat apa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Mesra Media di Hote Carlton Shah Alam, sebentar tadi. 

Beliau berkata demikian sekaligus menafikan laporan lapan ADUN PKR bersama 13 ADUN PAS berura-ura keluar daripada parti untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu.

-antarapos
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com